Sunday, July 3, 2011

TABEK SPRING NIAT HATTAN!



ehsan mStar

Dalam banyak banyak cerita pasal artis berkahwin, Kjee berasakan niat penyanyi Hattan untuk bernikah semula dengan bekas isterinya Arianie, seandainya masih ada jodoh, sesuatu yang cukup menyentuh perasaan. Hattan dan Arianie berpisah 6 tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam, 13 tahun.
Jarang2 sekali kita mendengar kisah artis yang sudah berpisah, kembali bersama bekas isterinya setelah banyak tahun tidak hidup bersama. 
Jom kita sama2 berdoa agar hasrat Hattan menjadi kenyataan. Insya Allah. Alhamdullilah syukur.
Kjee baca berita ni di mStar dan ingin share dengan korang  seperti dibawah.
PENYANYI Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 46, mengakui tidak kisah seandainya ditakdirkan bertaut kembali dengan bekas isterinya Arianie Mohd Abidin selepas enam tahun bercerai.
Hattan berkata, dia kini telah bersedia untuk berumah tangga semula tetapi masih belum menemui calon yang sesuai untuk disunting sebagai isteri.
"Kesibukan saya dengan perniagaan dan cabang seni menjadi penghalang untuk mencari pasangan. Namun, saya akui sejak kebelakangan ini hubungan dengan bekas isteri menjadi bertambah rapat.
"Kami seperti malu-malu apabila berjumpa macam pasangan baru bercinta pula. Namun, tiada apa yang serius kerana kami tidak pernah berbincang apa-apa," katanya yang turut mendapat restu daripada anak tunggal mereka, Adam Eiman sekiranya mereka menjadi suami isteri semula.
Jelas penyanyi lagu Mahligai Syahdu ini lagi, antara doa utama yang dipohonnya ketika mengerjakan umrah di Mekah baru-baru ini adalah untuk bertemu jodoh.
"Ketika menunaikan umrah baru-baru ini, saya berdoa agar ditemukan seorang isteri yang baik dan solehah. Kalau diizinkan saya mahu berkahwin pada tahun ini.
"Terus-terang saya tidak kisah pun siapa calonnya tetapi masalahnya memang tiada. Seandainya ada jodoh, saya sudah bersedia tetapi seandainya tiada saya reda," katanya.
Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13.
Pasangan itu bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. - mStar online

Related Posts:

  • BERITA MEMUALKAN DI PAGI ISNIN! Bapa, anak bersekedudukan hingga lahir tiga zuriat MALU...pasangan ayah dan anak dibawa masuk ke mahkamah, semalam. KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, … Read More
  • NANA JOIN FARA FAUZANA DI HOT FM Hari itu bukan main lagi sibuk khabar angin yang menyatakan Fara Fauzana telah dilamar Astro dengan kontrak kononnya bernilai RM1-juta. Fara tidak menafikannya walaupun enggan bercerita lanjut mengenai tawaran RM1-juta itu. … Read More
  • Pesakit Mental Semakin Bertambah?Marah, Benci dan takut Kjee pagi ini bila surf inetrnet dan baca akhbar2 online. Mana tidaknya. Ada cerita bayi baru lahir dihumban dari flat ke bawah sampai pecah kepala, bapa dibebaskan dari tuduhan sembelih anak, penarik b… Read More
  • SAY NO TO ASTRO!Astro Diberi 7 Hari Atau Hadapi Boikot KUALA LUMPUR – Prihatin dengan rungutan pelanggan dalam tempoh tujuh hari atau hadapi tindakan boikot! Itu amaran dua persatuan pengguna berpengaruh di negara ini iaitu Persatuan Pen… Read More
  • GANGGUAN BEKALAN AIR LEMBAH KELANG RABU HINGGA JUMAAT? Korang tahu ke? Kjee baru baca di The Star Online. Gangguan ini ekoran pihak Bekalan Air Selangor (Syabas) menutup lojinya untuk pembersihan dan pembaikpulihan. Gangguan akan bermula jam 8 pagi Rabu (esok) hingga 8 pagi Ju… Read More

3 comments:

  1. - elok la kalo dia org nikah balik kan...masing2 pon belom kawen lain kan...

    ReplyDelete
  2. suka kalau hattan kahwin semula dengan arianie...kita doakan yang terbaik untuk mereka...aminnn...

    ReplyDelete
  3. harap bertaut kembali

    ReplyDelete