Tuesday, September 20, 2011

ASAM PEDAS IKAN JEPUN DAN TEMPOYAK PETAI JERUK

 Masa Kjee ke Sri Ternak semalam, Kjee mulanya frust jugak sebab tak banyak pilihan ikan. Selalunya malam2 buta banyak ikan yang dipamerkan. Rupa2nya dah dua atau tiga hari pasaraya itu kehabisan stok, kata Arie, adik angkat Kjee yang meniaga western food kat Arima Western.

Masa Kjee nak pusing ke tempat ayam, mata Kjee terpandang ikan ni. Rupanya macam ikan merah. Warna dia merah2 biru gitu. Kjee pandang tanda kat situ yang tertulis Ikan Jepun, 1 kg RM14. Kjee pun belek2. Bahaya ni. Unclepali cerewet sangat pasal ikan. Banyak jenis dia tak makan. Kjee dan Nadia, tak cerewet teruk sangat macam dia.

Gambar ikan Jepun Kjee cilok kat sini. Mohon Izin share yer.
Kjee belek2 dan pilih dua ekor. Suruh budak tu timbang dan siang. Sisik ikan tu taklah tebal. Sikit lebih kurang jugak macam ikan merah. Bila dah balik rumah baru teringat...isyhhh kenapalah tak amik gambar.

Padi tadi Kjee keluarkan ikan tu dari freezer. Rendam ikan. Pastu rendam jugak cili kering dalam air panas, Kjee pun keluar ikut Unclepali gi antar Nadia. Balik dekat pukul 2 petang terus Kjee sibuk nak masak. Lambat kan. Tapi dek kerana dah keluarkan ikan tu, terpaksalah jugak masak.

Masa cuci ikan tu tadi, Kjee pelik. Banyak sangat lemak! Hmm mulalah Kjee risau Unclepali tak makan. Kemudian selepas rendam seketika dalam air asam jawa, hilanglah lemak.

Tetapi apabila makan, terkejut Kjee. Rasanya seakan2 ikan terubuk kahwin sama ikan parang! Serius ni. Sedap sangat buat asam pedas. Unclepali pun relax je makan sampai bertambah! Wah ikan ini akan jadi satu kemestian kalau Kjee ke Sri Ternak lagi.

Satu lagi kelebihan ikan Jepun ini ialah ia tidak mempunya tulang atau duri halus2 macam ikan terubuk dan parang! Tulang dia kasar2 macam ikan merah. Kjee pasti kalau dibakar pun sedap sebab ikan ini cukup lemak! Tak rugi mencuba. Tidak merbahaya untuk kanak2 dan warga emas!

Kalau korang nak resipi, klik sini. Maleh nak salin balik. Sama jer cuma kali ni Kjee bubuh dalam 1 sudu besar lada hitam tumbuk.

Dekat pukul 3.30 petang barulah kami makan. Unclepali tolong tumbukkan cili api nak digandingkan dengan tempoyak mentah. Tak sangka Kjee buat tempoyak itu sebelum bulan tempoyak masih elok. Tapi disimpan dalam peti ais. Lihat sini. Ada dua balang besar!! Yezzza hari2 boleh jadikan menu pembuka selera.

Oh ya hari tu masa petai murah, Kjee beli banyak dan buat jeruk. Apa lagi, berpeluh2lah makan tadi. Sedap sangat. Korang tahu ke buat petai jeruk? Kjee kopek petai dan bubuh dalam bekas serta dicurahkan air panass mendidih. campaklah 1 atau 2 keping asam gelugur. Sehari dua dah boleh makan. Ada orang bubuh sikit garam. Sukatilah. Kita yang buat dia! Hehehe.


Related Posts:

  • ENAKNYA TEMPOYAK UDANG BERSAMA PETAI BARU DIJOLOK Tak ada plan pun nak dapat rezeki makan lauk petai malam ini. Hari2 Kjee panjangkan leher dari tingkap opis kecik Kjee di rumah tengok pokok petai yang sarat dengan buah. Tiap pagi sambil duduk depan komputer, Kjee lambai … Read More
  • GULAI TEMPOYAK TENGGIRI BUNGA Hari ni Kjee masak gulai tempoyak. Ramai mesti kata ek eleh tak heranlah kan! Tapi bagi Kjee ia satu gulai yang cukup eksotik. Dan Kjee memang tak berani memasaknya sebab takut tak sedap.  Kali pertama Kjee bua… Read More
  • JJCM - GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK, TEMERLOH Dalam perjalanan kembali ke KL dari Kampung Ulu Jempul, Pahang semalam, Kjee request UnclePali amik jalan lama sebab nak singgah Temerloh makan lauk Tempoyak Ikan Patin. Memang femes sangat lauk ni ka… Read More
  • LUNCH DI HARI MERDEKA 2012 Hari ni Kjee masak Kari ayam bersama kentang, kangkung goreng belacan, goreng ikan tenggiri jeruk sementara Nadia buat sambal tempoyak mentah untuk digandingkan dengan petai jeruk. Memang kena sangat gandingan lauk ini. Ma… Read More
  • AYAM GORENG YANG TAK JADI PENYET VS SAMBAL TEMPOYAK PIPIT Hari ni dinner kami simple giler. Siang tadi ingat nak buat ayam penyet. Semalam tak puas makan dekat foodcourt Taman Melawati. Bahan2 nak buat Ayam Penyet pun dah suruh Unclepali beli tadi tapi bila sampai je rumah lepas … Read More

11 comments:

  1. sy tak prnh mkn ikan ni kak.. lain kali nak cuba .. mcm ikan terubuk plus ikan prg.. dua2 tu ikan fav sy.. huuu.. mmg leh tgoda bila baca ayat2 k jee ni..

    ReplyDelete
  2. Terliurrrr nyaaa nengok menu kak jee nih..siap ada tempoyak lak tu digandingkn ngan asam pedas tu ha.

    rasanya x pernah lg jumpa ikan ni..ke x perasan? sedap ye kjee?leh laa cuba kalo ade jumpe kat pasar lenkali nih..kalo cam ikan parang+ikan terubok..kirenya bertulang amat lah ye?

    ReplyDelete
  3. kjee nor makan ikan ni masa tinggal gan kakak angkat nor d uk....uluklang je memang sedap tapi tak pernah beli walauselalu jumpa..nor

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Jee...dah lama baca blog Kak Jee, bru ari ni sempat bagi komen..maaflah, selama ni jadi silent reader je..hehe...

    Ikan Jepun tu, kalau kat sini (Kota Kinabalu, Sabah) kami panggil Ikan Sulit. Entah apa yang sulit tu tak tahu lah saya :)

    Isinya memang lembut dan lemak manis...especially kalau yang fresh, fuh...memang sedap! Kalau masak lemak cili api or lemak merah lagi terangkat.

    Anyways, thank you Kak Jee sebab selalu berkongsi resepi & info yang sangat menarik dalam blog ini. Kadang2 kalau xde idea nak masak, saya rujuk blog kak Jee or blog masakan yg lain sebagai panduan.

    Once again, thank you for sharing :D

    Salam sayang,

    Linda Azni,
    Kota Kinabalu, Sabah

    ReplyDelete
  5. HaSue: Baca betul2 entry Kjee. tak ada tulang halus ikan jepun ni. tulangnya macam ikan merah.

    LINDA: Oh boleh masak lemak cili apa ker? tadi ingat nak masak lemak tapi fikirkan kena bubuh santan...dahlah masa raya banyak makan rendang. sebab tu buat asam pedas. lain kali nak try pulak. ikan kat KL mana boleh dapat yang fresh macam di KK kan. Thnx for following my blog.

    ReplyDelete
  6. haha..kjee..tadi dah baca..tapi tetap imejin ia bertulang banyak cam dua ikan tu bila baca part cam ikan terubok n ikan parang..rupanya ia gabungan rasa je ya..
    apapun,ikan ni kalau tanpa warnanya tu sebijik cam ikan susu kan

    ReplyDelete
  7. Sedapnya KGee... bilalah KGee nak berjiran dgn saya ni?? :D

    ReplyDelete
  8. Ha sue : Melihat pada rupa memang 70% macam ikan susu. Tapi ikan susu yg juga dikenali ikan baulu di Sabah; kulitnya bersisik putih. Tidak ada warna lain dan isinya memang lemak macam ikan terubuk serta bertulang halus. Tulang ikan terubuk halus ala-ala huruf Y tapi tulang ikan susu/ baulu halus dan bersusun macam sayap halus. Ikan susu enak di bakar sama macam terubuk. Bagi saya di masak cara lain .. kurang enak. Kalau ke Sandakan, Sabah .. cuba ke pasar sim-sim .. ( saya lebih suka sebut MEDAN IKAN BAKAR SIM-SIM ).. ikan baulu ni memang ada. Yang buat ia tambah sedap .. sambalnya. Memang tak ada di tempat lain. Sha A/Setar

    ReplyDelete
  9. selalu nampak kat econsave/mydin tapi x pernah beli...bila kak jee blog psl nih....harruussss beli jap lg..ehehehe

    ReplyDelete
  10. masak kari pun sedap kjee...cubalah
    fatimah hanim

    ReplyDelete
  11. kak, ikan punya lemak jgn dibuang, basuh bersih je.. minyak ikan datang dari sini lah jenis ikan ni semua species

    ReplyDelete