Saturday, September 10, 2011

SUP AYAM MAKARONI - MENU ORANG TAK SIHAT



Dah banyak hari dapur tak berasap sebab Kjee dah tumbang. Tadi lepas balik dari klinik Dr Ina Harlina, Kjee teringin pulak nak makan sup ayam makaroni. Nasib baik ada dua assistant tolong Kjee masak.

Resipinya mudah jer. Sup ayam bodoh jer pastu rebus makaroni dan curahkan sup ayam. Sedap makan panas2 sebab kalau tak sihat, elok badan kita berpeluh.

Makan dengan nasi pun sodap

Tadi Nadia pergi beli kaki ayam sebab kami sekeluarga memang suka buat sup ayam bersama kaki ayam. Sementara Kjee buat persiapan nak menumis, Nadia masukkan dulu kaki ayam dalam pressure cooker. Sebaik sahaja sup ayam Kjee dah menidih, kaki ayam yang direbus pun dah siap lalu Dimasukkan jer ke dalam sup ayam dan biar reneh pelan2.

Kalau korang tak suka makan kaki ayam, tak perlu bubuh. Famili Kjee memang dari zaman dulu2 lagi suka makan kaki ayam. Arwah bapak kata ada kawan Cina dia beritahu, kaki ayam elok untuk kuatkan sendi2 kita. Dulu arwah mak pernah jugak buat kari kaki ayam yang cair2. Sedap sangat.

Resipinya korang tengok  sini. Dulu Kjee Kjee buat makan dengan nasi. Cara dia sama jugak. Tapi dulu Kjee tak bubuh carrot. Kjee bubuh makaroni sebab nak ubah selera sikit. Kalau kita tengah tak sihat, tekak ni memang teringin nak makan yang pelik2. Layan jer lah kan.

Related Posts:

  • SUP AYAM SIMPLE Ini cara Kjee makan nasi kalau masak sup ayam. Best sangat2.  Semalam Kjee kata nak buat sup ayam bodoh, ramai yang terkejut. Actually maksud Kjee sup ayam simple jer. Sup ayam yang tak banyak kerenah. Yang supnya je… Read More
  • SUP AYAM MAKARONI - MENU ORANG TAK SIHAT Dah banyak hari dapur tak berasap sebab Kjee dah tumbang. Tadi lepas balik dari klinik Dr Ina Harlina, Kjee teringin pulak nak makan sup ayam makaroni. Nasib baik ada dua assistant tolong Kjee masak. Resipinya mudah jer. S… Read More
  • GARLIC BREAD A.K.A. ROTI BAWANG PUTIH Garlic bread atau roti bawang putih sedap dimakan dengan segala jenis sup atau stew. Roti yang digunakan pulak ikut citarase masing-masing. Boleh guna roti perancis, roti burger, roti hotdog yang ada ke tak ke bijan … Read More
  • INI JER YANG KJEE SELERA SEJAK DEMAM DAN SAKIT TEKAK Read More
  • IPOH KWAY TEOW SUP Dua hari lepas, Kjee dapat mesej kat handphone dari seorang customer lama Kjee. Dia nak tahu kenapa Kjee tak bubuh resipi Ipoh Kway Toew Soup kat blog. Kjee kata kat FB ada.  Kemudian Kjee intai2 balik. Oh ya memang be… Read More

6 comments:

  1. salam syawal buat kak Jee,selamat hari raya,mak teh doakan kak jee sihat walafi.at

    ReplyDelete
  2. Salam K.Jee, demam dah kurang ke? Risau saya dgr demam K.Jee tak kebah2. Setiap hari jengok tanah K.Jee kot2 ada update terbaru. Hari ni alhamdulillah, lega rasanya bila ada citer baru dari K.Jee. Take care ya. Doa saya semoga K.Jee sihat semula. Amin.

    ReplyDelete
  3. welcome back k.jee. resepi simple tapi mrnyelerakan. sesuai untuk cuaca yg tak menentu sekarang ni.moga2 lepas ni k.jee rancak semula dgn entri2 yg tak pernah membosankan.cepat sembuh ye..lizabassam

    ReplyDelete
  4. Hi Kak jee,i selalu jgk singgah sini, resepi kak jee sedap2..thanks

    ReplyDelete
  5. Assalam~~~~ alhamdulillah K/jee dah beransur sihat...... terbaca n3 sup kaki ayam~~~~ppperrrggghhhhhh~~~sedap tu..... famili ibu pun suka sesangat sup kaki ayam ni.... kalau dulu, penjual buang aje.... sekarang ni kat pasar borong pun dah rm3 sekilo~~~ hehehe. Terliuq pulak ...... balik nnt nak buat lah sup kaki ayam..... nak try masukkan macaroni juga..... heh heh heh nak tiru....... jangan marah..... pahala tu~~~~ terima kasih jee 'senyum'~~~ (~_^)

    ReplyDelete
  6. orang cina cakap, kaki ayam banyak kolagen.

    hihi :D

    ReplyDelete