Tuesday, September 20, 2011

TERBARU MENGENAI ISU KONTROVERSI ANA DAHLIA


Status Ana Dahlia, Chef Riz Diarah Kunci Mulut
Chef Riz dan Ana Dahlia.
PETALING JAYA: Mohd. Nadzri Redzuawan ,30, atau Chef Riz mengambil pendekatan untuk “mengunci mulut” selepas tersebar gosip kekasihnya iaitu pelakon Ana Dahlia,28, kononnya sudah bergelar janda.
Chef Riz yang juga pengacara MasterChef Malaysia, memberitahu, bapanya iaitu Datuk Chef Wan tidak membenarkan Riz memberikan apa-apa kenyataan tentang kisah cintanya dengan Ana melainkan sekiranya mahu menyentuh soal kerjaya.
“Saya tak boleh jawab apa-apa soalan tentang Ana atas nasihat bapa saya. Lagipun kami sedang berkawan baik dan tidak mahu sekiranya jawapan yang saya berikan nanti melukakan hati mana-mana pihak.
“Saya bimbang jika komen saya nanti akan menimbulkan pergaduhan di antara kami kemudian hari,” kata Riz ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Ahad lalu sebuah akhbar mingguan melaporkan Ana Dahlia yang berasal dari Taiping, Perak sebenarnya berstatus janda dan pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum menyertai AirAsia sebagai pramugari.
Jelas Riz, dia sekarang ini sedang sibuk dengan penglibatannya sebagai salah seorang juri tetap dan hos MasterChef Malaysia yang dijangka akan menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria (saluran 104).
“Saya akan mula menjalani penggambaran MasterChef Malaysia pada Selasa yang turut melibatkan empat chef lain selaku juri.
“Saya agak bertuah kerana merupakan chef termuda di kalangan chef lain yang menjadi juri dalam program yang dirakamkan selama 66 episod itu.
“Saya juga dipanggil untuk menjalani uji bakat oleh pihak Astro sebelum terpilih sebagai hos,” ujarnya lagi.

Cerita2 berkaitan sila klik sini dan sini dan juga di sini.

Related Posts:

  • KLIP BERITA SANA SINI 12 JULAI 2011 IPU Masih Di Tahap Sederhana JKeadaan berjerebu dicatatkan di sekitar Petaling Jaya sejak awal pagi Isnin. Bagaimanapun, berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan oleh Jabatan Alam Sekitar keadan tersebut mas… Read More
  • BERITA TERKINI - 34 TEBUSAN SELAMAT PENYERANG DITEMBAK Polis berjaya menyelamatkan 34 tebusan selepas menambak lelaki yang menahan mereka di Muar pada jam 3.40 petang tadi.Sehingga jam 3 petang tadi, polis masih berusaha memujuk seorang lelaki bersenjata parang yang menjadikan… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 11 JULAI 2011 APABILA CINTA BERALIH ARAH 1 SAMAN BEKAS TUNANG RM320,000  NIK MUSTAFA (dua dari kiri) bersama peguamnya, Mohd. Ridzuan berbincang sesuatu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Angkara cinta k… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 8 JULAI 2011BERITA MENCEMASKAN30 murid, empat guru hadapi episod ngeri 7 jam jadi tebusan penagih dadah MUAR: Isyarat dan aksi mencurigakan yang ditunjukkan empat guru yang ketika itu ditawan seorang lelaki bersenjata parang dan tukul be… Read More
  • DAH PENAT DEMONSTRASI, NASIB BAIK KENA TANGKAP!!! semua gambar ehsan mStar Online Itulah yang mampu Kjee katakan. Betul tak? Korang tengok je lah. Makcik2 dan pakcik yang tadi diheret ikut perhimpunan haram entah dari kampung mana. Tak tahu apa ke jadah tujuan mereka ke… Read More

5 comments:

  1. Memang banyak cerita zakiah dengar artis-artis popular ni telah banyak mengalami kisah kelam di masa silam..

    ReplyDelete
  2. salam K Jee, macam mana nak contact k Jee eh? Ade email?

    ReplyDelete
  3. ribbon clown: ada di profil kjee. fauziah.samad@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Status fb Chef Wan:
    My mother called tadi and asked bila kita nak pi rumah GF my son tu masuk meminang.Mak dengar cerita dia tu pernah kawin janda tak ada anak betul ke.I said ya la Mak she told me sudah.So as far as i am concerned janda ke anak dara ke Si Nadzri tu dah mabuk bercinta and he is 29 and feeel that this girl is her right jodoh then as parent we must be happy for him lah mak.Benda yg halal nak diri kan masjid buat apa kita nak mempertikai kan kisah yg lalu?

    ReplyDelete