Friday, October 7, 2011
Home »
kisah2 close to my heart
» RIUH RENDAH BERTEMU CHE MAT GEBU DI SEDENAK
RIUH RENDAH BERTEMU CHE MAT GEBU DI SEDENAK
Kjee jarang berjumpa bloggers. Rasa2nya Che Mat Gebu blogger pertama yang Kjee jumpa. Bukan tak sudi nak jumpa yang lain2 tetapi masa dan kesihatan tidak mengizinkan. So hari tu masa buat keputusan mengejut nak melawat Fija dan anaknya Damai di Johor Baru, Kjee amik kesempatan singgah di Sedenak.
Mujurlah Che Mat Gebu pelawa makan tengah hari. Pucuk dicita ulam mendatang. Perut memang tengah berkeroncong masa sampai di Sedenak. Pekena pulak airtangan Che Mat kita yang terer masak ni. Kjee malu2 jugak nak tambah nasi tapi Unclepali dan Nadia buat muka seposen jer. Kahkahkah.
Walapun hanya kenal Che Mat melalui blog dan facebook, namun kemesraan yang dipamerkan sama jer macam melayan Kjee di blog mahupun Facebook. Dari rumah lagi, Kjee dah janji pada diri Kjee supaya jaga sikit tutur kata, cakap jangan laju2 maklumlah orang Johor memang terkenal dengan budi bahasa yang halus.
Namun sampai jer depan pintu pagar, dah terjerit Kjee dan juga Che Mat apabila bersua muka. Macam dah kenal bertahun. Sampaikan tak sangka masa berlalu begitu pantas dan Kjee ada urusan lebih penting iaitu nak ziarah orang sakit.
Kalau nak tahu wajah Che Mat, rasanya saling tak tumpah wajah bondanya, Mak Yah. Putih melepak. Pak Brahim, ayah Che Mat jugak cukup mesra melayan tetamu. Dah biasakan dengan kunjungan ramai bloggers setiap minggu kata Mak Yah. Macam rumah wakil rakyatlah. Kjee rasa kalau Mat Gebu masuk bertanding jadi YB, gerenti menang. Hehehe.
Lain kali kalau ke Johor, tahulah Kjee mana nak singgah dulu kan? Tetapi sudikah pulak Mak Yah, Pak Brahim dan Che Mat singgah di rumah buruk dan sempit Kjee ni?
Terima kasih banyak2 atas layanan first class Che Mat, bonda, ayahnda dan kekanda. Jangan serik2 terima kami datang lagi yer? Hehehe.
Related Posts:
NADIA BOLEH!! Yang terbaru Ahad 1/3/15 TERKINI: KESAN GST AKAN TURUT TERKENA KEPADA SEMUA PRODUCT L'AROME. MULAI 1 APRIL, HARGA BARU IALAH RM408.10 SEBELUM POS DI SEMENANJUNG. MASIH ADA MASA UNTUK DAPATKAN HAR… Read More
HAPPY BIRTHDAY NADIA Happy 27th Birthday my one and only... Nothing much to say. This your last birthday, single. Next year, this time around, Insya Allah it may be two, or three? Hehehe Nadia anak mama yang sangat Mama sayang... Alhamdullil… Read More
TIADA ENTRI MAKANAN SEPANJANG RAMADHAN Kenapa Kjee senyap jer sekarang hah? Hari-hari kami intai blog tapi tak ada entry baru. Kjee sihat ker? Itulah antara yang Whatsapp atau private message Kjee di FB. Hmmm nak cakap apa hah? Entahlah kali ni Kjee rasa kur… Read More
SALAAM MUNG QAULAMMIR RABBIR RAHIM ehsan google Ada kata ibu surah Yasin. Arwah bonda kata hati surah Yasin. Apa pun nama yang diberikan, Kjee dan keluarga memang sudah lama mengamalkan ayat itu. Sesiapa yang seringkali baca surah Yasin, pasti kenal aya… Read More
JUWIE... KAU TETAP BERTAKHTA DIHATIKU Rasanya ini tulisan Kjee yang paling sukar... menulis mengenai seorang sahabat yang baru sahaja pergi menemui Penciptanya. Sahabatku Abdul Jalil Salleh atau disapa semua sebagai Juwie. Masih terngiang-ngiang di teling… Read More
hihihi...mesti seronokkan kak jee..jumpa Mat Gebu yang meletop tue....Memang gebu betul...
ReplyDeletewah bestnya dpt jumpa cikmatgebu.. teringin juga nak bertandang & rasa air tgn cik mat tu.. selalunya dok tgk kat blog je masakan dia. telan air liur walau tgk gambar jer
ReplyDeletealahai kakjee..jelesnye sehhh!! mmg gempak la kakjee dpt ketemu mat gebu nih..eh nadia camner..dh sihat x??
ReplyDeletesalam kak jee...
ReplyDeletebertuahnya kak jee dpt jd tetamu cik mat.. dpt pulak merasa air tangan cik mat yg sedap2 tu..
huii.. byknyer koleksi teko mat gebu.. hehe...
Ina: Nadia masih lemah tapi dah kurang cirit dan muntah2. Mungkin esok nak bawak dia pergi klinik Ina lagi. Ubat dah habis.
ReplyDeleteWow kak jee....sure gumbirakan...tgk gambar tangan cik matpun da tau terer masak...
ReplyDeletewah,mat gebu,memang gebu..bestnya kak jee jumpa dia..dia masak apa kak jee?
ReplyDeleteSALAM KAK JEE...KAK PESAL MAK AKU TU..HAHAHAHHAHA...SENYUM MENYENGET JEEE..HAHAHAHA..ADEHH..TERIMA KASIH SUDI DATANG...
ReplyDeletecomel muka Mak Yah kan? Pipi cam cucuk botox lagi... isyhhh mampus kita tak leh ke rumah awak lagi che mat. hehehe.
ReplyDeletecik mat dan family mmg baik hati.
ReplyDeletesuka layanan mereka sklrg..
kak jee, apsal muka cik mat diblurkan...frust tak leh tengok hehehehhe
ReplyDeleteSlalu cari resepi kat my resepi mesti nmpak posting Mat gebu...org yg sama ke? Resepi dia best2...pernah try apple pie n kek marble...sukatan yg dia bg semua ngam2! I loike sungguh!
ReplyDeletedah lama ikuti blog encik mat gebu ni...mmg jatuh hati..gambar cantik2..resepi sedap2..bila leh jumpa agaknye...
ReplyDelete