Thursday, July 18, 2013

IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA... 2

Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2013/06/sotong-goreng-sama-kunyitsedaplah-eh.html




Resipi klik  http://www.dapurkakjee.com/2012/10/rebung-lemak-pedas-cili-api.html




Ini menu cadangan pilihan Kjee hari ini. Biasanya untuk berbuka puasa, Kjee akan memilih untuk buat dua lauk pauk dan satu manisan. Kekadang kalau Kjee buat Jeli, misalnya, esoknya pasti ada lagi so Kjee taklah buat manisan atau dessert untuk hari esoknya.

Untuk berbuka, Kjee suka lauk pauk berkuah. At least satu berkuah dan satu kering. Tetapi untuk bersahur, kami sekeluarga hanya suka lauk pauk kering sahaja.

Sotong goreng kunyit adalah antara menu cukup mudah untuk dibuat untuk bersahur. Malah, kalau tak sempat nak masak masa sahur, boleh jugak dibuat sebelum masuk tidur dan simpan. Bangun sahur panaskan saja.



Resipi klik  http://www.dapurkakjee.com/2013/04/siakap-segar-masak-tiga-rasa.html






























Kjee rasa tidak ramai ibu2 yang bangun sahur untuk memasak. Masa terlalu suntuk. Jadi, disyorkan lauk pauk kegemaran anak2 dimasak lebih sedikit ketika memasak untuk berbuka. Dan panaskan dalam microwave atau atas dapur, time sahur.

Kjee lebih suka panaskan lauk atas dapur daripada microwave. Rasa lebih puas hati walaupun sama jer kalau masuk microwave. Hehehe.

Menu atas hanya cadangan. Untuk sotong goreng kunyi tu boleh tukar ke udang, daging ataupun ayam. Untuk menu Tiga Rasa tu, selain ikan Siakap, ikan kembung pun boleh dibuat guna resipi sama.

Dan untuk masak lemak rebung diatas, Kjee guna rebung madu atau jenis batang. Rebung jeruk biasa pun sedap dimasak begini.





Resipi klik http://www.dapurkakjee.com/2012/10/onde-onde-aka-buah-melaka.html


Related Posts:

  • MULAKAN TAHUN BARU DENGAN DETOX Lima hari mulai hari ni, Kjee nak jalani proses detox. Nak bersihkan usus. My diet will consist 60% sayur2an, 30% protein (ikan dan lean chicken) dan 10% carbo. Isyhh boleh ke? Boleh sebab Kjee dah pern… Read More
  • SIAKAP SEGAR MASAK TIGA RASA Lama betul Kjee tak buat entry makanan kan? Kenapa? Sebab semenjak dua menjak ini, Kjee dah jarang2 masak. Asyik makan kat luar jer. Apabila dah tak lalu makan kat luar kenapa korang sengih? makan kat kedailah. Makan ka… Read More
  • KARI AYAM DENGAN ULAM DAN IKAN KERING MASIN Kari ayam lagi!! Kjee ni kan kalau nak boring sangat tak tau nak masak apabila ada stok ayam dalam fridge, mesti nak masak kari ayam atau rendang ayam Kelantan. Tak taulah kenapa. Tapi pagi tadi Kjee plan nak buat … Read More
  • PERIA GORENG BERLADO UDANG KERING vs ASAM PEDAS TENGGIRI Hari ni rezeki kami untuk makan tengah hari ialah Asam Pedas Ikan Tenggiri, Peria Katak Goreng Berlada dengan udang kering, ikan tenggiri goreng dan ikan gelama jeruk goreng. Makan dengan nasi putih. Pasti kor… Read More
  • JJCM - GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK, TEMERLOH Dalam perjalanan kembali ke KL dari Kampung Ulu Jempul, Pahang semalam, Kjee request UnclePali amik jalan lama sebab nak singgah Temerloh makan lauk Tempoyak Ikan Patin. Memang femes sangat lauk ni ka… Read More

3 comments:

  1. thanx kak jee kongsi menu2 ni...yg paling best buah melaka
    paling kerap buat...hihihi

    ReplyDelete
  2. Saya pun biasanya masak malamnya lepas tu simpan sahurnya panaskan sahaja. Kadang2 sedih tengok anak2 yg makan apa sahaja yg mak sempat masak sebab kadang2 tu pukul 7pm baru sampai rumah. Sambal saya masak siap2 seminggu sekali masuk peti ais. Kadang panas sambal masuk je sotong, gilirlah kak isinya tu.

    ReplyDelete