Monday, July 11, 2011

KARI AYAM + KENTANG



 Musim hujan ni elok makan kari. Kena pulak kalau ada ikan kering atau ikan pekasam plus ulam2an dan sambal belacan. Lagi tak hengat kan masa makan?


Hari ni Kjee masak kari ayam dengan kentang. Kemudian buka fridge jumpa pulak terong kontot. Dah lama tak buat terung goreng berlada dengan udang kering. Udang kering tu digoreng garing2. Pastu siap je masak terung berlada tu, ditaburkan udang kering kat atasnya.

Untuk kari ayam hari ni, Kjee sengaja beli bahagian ribs yang kurang sikit dagingnya. Kami kat rumah tak suka ayam banyak isi. Lebih suka yang banyak tulang. Badan sendiri pun dah banyak isi so buat apa nak tambah isi lagi kan? Hehehe.

Kalau buat kari, Kjee suka buat pekat2 sikit. Tapi untuk kari ayam atau daging jer. Kalau kari ikan tak payahlah pekat2 sangat. Tadi Kjee guna rempah babas yang extra cili. Hmm nama jer extra cili tapi tak pedas pun. Tapi yang pasti, kena bayar extra sikit daripada biasa.

Jom kita intai resipinya bagi yang masih tak mahir buat kari. Oh ya nak bagi tips, kalau masak kari, rempah kena lama sikit masak sebelum dimasukkan bende2 lain. kalau rempah tak cukup garing dan masak, nanti rasanya 'lari'.

BAHAN2:

5 ketul ribs (tulung rusuk dibuang kulitnya)
1 biji kentang potong 4
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 asam keping
½ cawan santan pekat/susu cair
¾ cawan rempah kari
daun kari (kalau ada)

CARA:
Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang. Hiris halia dan masukkan sekali. Kemudian goreng sampai bahan2 tadi kekuning-kuningan. Pastu masukkan rempah kari dan goreng pantas2 kira-kira 2 minit. Masukkan ½ cawan air dan masak guna api perlahan sehingga rempah nampak sedikit garing. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Balik2kan ayam dan bubuh ½ cawan air dan biarkan mendidih perlahan. Kemudian masukkan santan atau susu cair (Kjee guna susu cair) dan biarkan ia mendidih lagi. Guna api perlahan. Bubuh garam dan 1 asam keping. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit lagi air panas. Didihkan lagi. Rasa dan padam api.


Related Posts:

  • KARI TELOR SAMA SAMBAL PARI KERING innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "WOMEN,MALAY,FOOD_DINING"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; Hehehe kesian fren FB Kjee bila Kjee bagi… Read More
  • KARI AYAM + KENTANG  Musim hujan ni elok makan kari. Kena pulak kalau ada ikan kering atau ikan pekasam plus ulam2an dan sambal belacan. Lagi tak hengat kan masa makan? innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "WOMEN… Read More
  • KARI IKAN BAWAL HITAM STAIL INDIA  Kalau ke kedai mamak atau restoren India, kebanyakkan kari mereka menggunakan ikan bawal hitam. Nak tahu kenapa? Sebab ikan bawal hitam bukan sahaja sedap buat kari tetapi ia ikan yang lasak. Lasak bermakna tak mudah h… Read More
  • KARI SARDIN DALAM PERIUK TANAH  Dah lama Kjee teringin nak beli periuk tanah untuk masak kari. Arwah emak dulu suka masak kari dalam periuk tanah. Tapi apabila periuk itu pecah, dia tak beli lain buat ganti. Dia masak guna periuk biasa. Dan karinya s… Read More
  • KARI DAGING DENGAN SAMBAL PETAI TEMPOYAK..KENA KER? Ala kita yang buat dia kan? Kena ke tidak, kalau dah tekak kita teringin sangat nak makan, hujan ribut ker, banjir ker, tsunami ker, tetap kita redah. Hari tu, lebih tepat hari Selasa, masa Nadia mula2 kena keracunan, Kj… Read More

10 comments:

  1. Salam Kjee...

    menggodanya lauk kari ayam kjee ni...cek baru balik keje...dan baru nak stsrt masak2...hu hu...lapola pulak tgk lauk ni...sedapnya cecah ngan roti puri....:)

    ReplyDelete
  2. kakjee...sedap mkn dgn roti jala ataupun roti canai segera...roti benggali pun sodap.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kjee,
    menyelerakan sungguh tngk kari akak ni...Yatie pun suka kari daging/ayam yg pekat2 sikit...pasni leh buat lempeng...kalau rajin wat roti canai...tapi makan dngn roti kosong pun sedap...uisshhhh terus laporlah akak....

    ReplyDelete
  4. sedapnya. if cicah dgn roti bom mantap ni

    ReplyDelete
  5. Ya, saya suka roti bom dengan kari ayam. Sedaaap sangat ;)

    ReplyDelete
  6. Sedapnyeeeeeee.........

    ReplyDelete
  7. salam kak jee. Takyah letak cili blend ye?

    ReplyDelete
  8. makan dgn nasik sdp x

    ReplyDelete
  9. Salam kjee...sedapnya.esok cuti terasa nk mkan kari ayam.

    ReplyDelete