Saturday, July 2, 2011

TEMPOYAK AIR TANGAN KJEE LAGI








Ini kali kedua Kjee buat tempoyak sendiri. Kjee tak ingat siapa yang ajar Kjee buat tapi yang pasti dia orang kengkawan Kjee di page Kongsi resipi. Bagus bebenar page tu. Semua ahlinya tak kedekut bagi ilmu. Terima kasih.
Durian ini yang Kjee buat tempoyak

Tapi tempoyak Kjee kali ni special sikit. Satu sebab durian free. Terima Kasih adindaku Sharifah Rosida. Eh bila pulak Kjee ada adik keturunan Arab hah? Kalau nak tau Shida ni adik beradik Kjee sepusat sepusing. Kalau korang tak tahu apa makna sepusat sepusing, baca sini 


Sebenarnya orang kalau nak bagi Kjee barang2 free, Kjee malu betul nak terima. Apa lagi nak mintak kan? Melainkan kalau orang tu betul2 kita kenal dan close to our hearts. Macam Shidah ni, walaupun dia dan suami dia SB muda dari Kjee, namun Kjee tetap hormat mereka berdua. Hormat dan sayang hingga ke akhir hayat. Tanpa mereka, mungkin tak terdirilah mesjid Kjee dan Unclepali!

So pagi semalam apabila Kjee dapat call dari suaminya yang Kjee gelar SB (pendekkan nama dia bukan Special Branch tau), arah Kjee ke rumah dia amik durian sebelum pukul 12 tengah hari. Kjee jadi bingung. Waktu tu dah pukul 9 pagi. Kjee dah siap2 nak ke Branang tolong amikkan ubat seorang sahabat yang tak berapa sihat.

Macam2 alasan Kjee bagi. Suruh dia simpan dulu dalam peti ais (sebab lepas solat Jumaat mereka nak balik ke Johor). Tapi Kjee memang cairlah dengan SB dan Shida ni. Mujurlah Unclepali setuju nak pergi. Bukan dekat rumah dia orang tau. Kat Teluk Panglima Garang, Banting!


Tapi berbaloi2 lah Kjee dan Unclepali pergi. Dapatlah kira-kira 20 biji deghoyan. Shida ni kalau nak bagi apa2, memang tak hengat dunia! Bagi kelapa pun sampai 40 biji hari tu. Terima kasih daun keladi, kalau nak bagi apa2 lagi macam rumah ke kereta ker, duit dalam ASB ke, bagilah tahu yer. Mesti cepat aku sampai! Kahkahkah.

Okaylah banyak merapu. Korang nak tahu ke camner Kjee buat tempoyak? Korang sediakan balang ke, bekas ceramic ker atau pyrex. Pastu korang buang biji deghoyan. Amik isi je. Pastu campur dengan sedikit jer garam tau. Kjee baru dapat ilmu baru dua tiga hari lepas. Kalau nak bagi tahan lama, tabur sedikit gula atas durian sebelum ditutup bekasnya. Tak payah dikacau2.

Kalau nak isi durian dalam bekas, jangan sampai terlalu penuh. Nanti meletup. So bubuhlah paras ¾ bekas. Jangan tutup rapat. Simpan kat luar selama dua hari baru masuk peti ais. Lepas tiga hari boleh makan. Sedap giler babe!

Ada orang kata kalau nak tahan lebih lama, simpan dalam bekas kecik dalam freeezer. Bila nak guna baru keluarkan. Ya Ker? Kjee pulak kalau nak tahan lama, jangan makan. Sampai bila2 pun tak habis. Kahkahkah

Related Posts:

  • KARI DAGING DENGAN SAMBAL PETAI TEMPOYAK..KENA KER? Ala kita yang buat dia kan? Kena ke tidak, kalau dah tekak kita teringin sangat nak makan, hujan ribut ker, banjir ker, tsunami ker, tetap kita redah. Hari tu, lebih tepat hari Selasa, masa Nadia mula2 kena keracunan, Kj… Read More
  • SIMPLE DAN SEDAP!! TAPI AWAS YANG PAKAI SUSUK!! Pucuk daun kelo Bila dah siap masak Hari ni Kjee nak cepat. Kena siapkan skrip dalam kadar terpantas! So lepas bekfas codok jagung dengan udang tadi, terus Kjee prepare masak untuk lunch. Hari ni nak masak simple2 jer… Read More
  • ASAM PEDAS IKAN JEPUN DAN TEMPOYAK PETAI JERUK Masa Kjee ke Sri Ternak semalam, Kjee mulanya frust jugak sebab tak banyak pilihan ikan. Selalunya malam2 buta banyak ikan yang dipamerkan. Rupa2nya dah dua atau tiga hari pasaraya itu kehabisan stok, kata Arie, adik an… Read More
  • SAMBAL TEMPOYAK BUBUH PETAI Dua tiga hari ni sejak badan rasa tak selesa dan tekak rasa tak sedap, Kjee jenuh memikir apa makanan yang boleh buat Kjee berselera makan. Tiga malam lepas masa pergi Chow Kit, Kjee tengok ramai orang jual petai. Dah murah… Read More
  • AYAM GORENG YANG TAK JADI PENYET VS SAMBAL TEMPOYAK PIPIT Hari ni dinner kami simple giler. Siang tadi ingat nak buat ayam penyet. Semalam tak puas makan dekat foodcourt Taman Melawati. Bahan2 nak buat Ayam Penyet pun dah suruh Unclepali beli tadi tapi bila sampai je rumah lepas … Read More

9 comments:

  1. penat saya menyengih dpn pc ni kjee ooi.lawak tul..

    ReplyDelete
  2. aah bab jgn mkn nk bg tahan lama 2..mmmg lawak..umah akak plak tempoyak sentiasa ade dlm peti sejuk..

    ReplyDelete
  3. waaa..bestnyer peh ni sure banyak resepi tempoyak kan kjee..suzi fauzi

    ReplyDelete
  4. jee malu aku kau post durian yang aku bagi ni. tapi bab adik beradik sepusat sepusing tu aku suka sesangat, hehehe. sayang kau dunia akhirat.

    ReplyDelete
  5. satu cara nak buat tempoyak, teramat gemarkan tempoyak tapi baru kini belajar macam mana nak buat tempoyak. juga suka cara di tulis, senyum memanjang semasa membaca post ini...

    ReplyDelete
  6. alya: baru tahu ke yang Kjee ni kekadang kuat merapu. hehehe. oppsss bukan kekadang. selalu babe!

    ReplyDelete
  7. Sebab apakah isi durian itu dinamakan "tempoyak"?

    ReplyDelete
  8. like......
    kelakar laa al-kisah buat poyak ni...
    hilang trus ngantuk...hahahahaha....
    petua baru tu kjee..."jgn mkn klu nk thn lg lama"....
    kahkahkah.....TQ kongsi cara buat ni...

    ReplyDelete