Sunday, October 16, 2011

MULAKAN HARI DENGAN LONTONG! VERY THE TAK SIHAT, HEHEHE





Pagi tadi lepas Subuh, Kjee tak tidur balik. Selalu sambung membuta sampai kira2 kul 9. Adik Kjee yang dari Melaka tu nak balik. Tergocoh2 dia nak balik. Rindu kat suami kot. Tapi tak mengaku hehehe. Maklumlah baru je kahwin tak sampai dua tahun!

Sebenarnya, kereta dia tak berapa sihat so dia nak balik Melaka cepat2 dan hantar repair. So lepas Faridah balik, Kjee ingat nak masuk tidur balik tetiba Nadia sound, jom kita gi makan lontong jawa kat Kampung Baru. Tak sampai hati lak nak menolak. Yalah tu. Bila masa Kjee pernah tolak kalau gi makan lontong!

Unclepali masuk bilik tidur balik tapi kirim nasi lemak. So kami dua beranak pun keluarlah gi makan lontong di gerai jawa yang ori ni kat Kpg Baru. Tak tahu jalan apa tapi lontong dia memang sedap. Orang Jawa ori. Ngomong Jawa pun masih pekat.

Hari ni ada special. Kjee nampak ada begedil. Macam biasa kalau makan lontong dia, Kjee mintak lontong jangan banyak2. Lontong tu ori betul yang dibuat style bungkus dengan daun pisang batu. Cuma kuahnya kurang masin sikit pagi ni. Nadia hanya makan sekeping roti canai.

Lepas tu dia tolong habiskan lontong Kjee. Kemudian dia complain kuih lodeh tawar sikit. Nadia memang banyak songeh kalau masakan kurang masin. Dia kata kalau makan makanan tak cukup rasa, makan rasa cam tak kenyang! Tapi eloklah tawar sikit. kalau masin nanti kena darah tinggi! 

Murah sangat breakfast. Lontong siap bubuh sambal sotong, begedil dan sambal kerang, satu keping roti canai, Nescafe Ais dan teh O panas, cuma RM7. Biasanya kalau makan kat kawasan Keramat atau Melawati, pasti kena dalam RM12! Cekik darahlah korang!

Pastu masa nak balik, singgah pasar chokit beli kuih angku dan kuih lapis. Balik lalu kat Keramat AU5 beli nasi lemak untuk Unclepali. Kjee tak pernah beli kat gerai ni tapi nampak sedap. Ada dua warga emas (lelaki) yang jual. Satu bungkus RM1.20. Kjee tanya bang, kenapa jual murah sangat? Saja panggil abang untuk buat dia orang seronok. Pada hal dua2 dah tua bebenor! Macamlah aku ni muda sangat. hehehe. Sekarang ramai dah jual RM1.50 sebungkus. Dia kata tak apa. Biarlah orang lain jual mahal. Semasa membayar RM2.40 untuk dua bungkus, pakcik dua orang tu sempat pesan, kalau sedap datang lagi. Insya Allah.

Lepas tu sebelum sampai rumah, singgah pulak kat kedai runcit beli toge. Hari ni Nadia plan nak buat Penang Fried Kwayteow.

Kuih Angku dan Kuih Lapis

Related Posts:

  • CAMNER NAK TAU DIA TU HAK ORANG?!! Dulu Norman suami orang tau.hehehe..ehsan google Cerita mengenai mereka yang terperangkap setelah bercinta tahap gaban dan akhirnya tahu lelaki itu milik orang, sudah muak Kjee dengar. Dari Kjee muda sampai kubur dah kata … Read More
  • KJEE PERNAH 3 KALI JADI PENIAGA PASAR JUADAH Pasar Juadah. semua gambar2 ehsan google Ini time cabut nombor gerai Isyhhh Kjee ni...semua dia pernah jadi.. Wartawan, pelakon, pengurus perhubungan awam (PRO bukan GRO tau!), penulis skrip, pengurus produksi dram… Read More
  • DUGAAN DI BULAN PUASA semua foto ehsan google  Setiap insan terpaksa menempuh pelbagai dugaan ketika bulan Puasa. Tapi Kjee rasa, dugaan paling besar ditempuh oleh kaum ibu. Dugaan ketika memasak. Betul tak? Kalau korang kata tak, Kjee kat… Read More
  • TUKAR KERETA DENGAN BURUNG MACAM-MACAM jenis hobi orang, di Kuala Terengganu Seorang peminat burung merpati sanggup menyerahkan kereta Proton Wira bernilai RM20,000 dan menambah wang tunai RM1,000 bagi mendapatkan dua pasang burung merpati eksotik yan… Read More
  • KORANG DAH SHOPPING RAYA? KJEE BELUM Sana sini jalan sesak kat KL. Ingatkan masa lunch break tak lah ramai orang sebab kalau bulan puasa, ramai yang rela duduk di pejabat daripada berpanas terik di luar. Rupa2nya jalan jam sebab ramai orang perempuan keluar s… Read More

10 comments:

  1. Salam Kjee,

    Sy selalu baca belog Kjee. Menarik dan berinfo. Tapi sy nk tny mcm mana Kjee letak tulisan kt bawah gambar kuih tu ye? Nampak nice je....

    ReplyDelete
  2. wkumsalam,

    klik kiri pada mouse. keluar beberapa arahan. tekan pada add caption, kemudian tulislah.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kjee atas ilmu yg diberikan. Dan Terima kasih juga follow blog saya.

    ReplyDelete
  4. dah 2 pagi en. abah asik beli lontong kat saya, dia kata faveret saya tu

    ReplyDelete
  5. Askum kak jee...saya memang suka makan lontong...kalau dapat makan yang betoi betoi jawa macam kak jee mesti terangkat..ada begedil dgn sambal sotong kering n kerang..tak pernah jumpa lagi...

    ReplyDelete
  6. sedapnyer kak jee..sy suke tambah paru. Meleleh dh tgk gambar lontong ni..weken ni balik KL nk terjah kg baru la. hehe

    kjee..thanx jd follower saya..segan lak ngn kjee.

    ReplyDelete