Thursday, February 3, 2011

34. allah swt terima ke taubat aku?

semalam sewaktu menulis kisah Juwie, fikiran kjee benar2 terganggu apabila ternampak komen seorang hamba allah dalam satu artikel di internet. dia suruh juwie bertaubat dan tinggalkanlah segala2 yang kononya 'tidak baik di mata di tukang komen itu'.

kjee terkenang kenang ketika kjee ke tanah suci dulu...adakah ampun dan taubat aku diterima allah swt? allah sahaja yang tahu perasaan setiap insan yang hendak ke sana. apa korang ingat korang semua perfect? suci bersih bagai seorang bayi yang baru lahir maka korang tak perlu takut?

masa kjee hendak ke sana, kjee punyalah takut tetapi takut kjee taklah setakut ada insan sorang ni. okaylah kjee citer hal dia dululah. dia ni usia dalam lingkungan lewat empat puluhan ketika itu. kjee sebenarnya kawan baik dengan adik dia. tapi kerana terlalu akrab dengan adiknya maka satu keluarga dia jadi akrab dengan kjee.





ini bukan citer mengumpat tau. kalau korang rasa mengumpat, camner aku nak buat kan. kita bagilah nama dia A. A ni kan baru jer balik dari luar negara. suaminya gi belajar selama 3 tahun kalau kjee tak silap. dia baik sangat ngan kjee apabila adik dia bagitau kjee ni baik sangat dengan adik dia.

suami A ni memang gatal yarabbbi. dengan orang gaji pun dia antar nota bila bini dia tak der umah. ni kes dia sebelum dia orang gi luar negaralah. ntah dia priappp dengan orang gaji, kjee tak taulah. tapi satu hari A dapat tahu. dapat tahu apa, kjee tak tahu...tapi A mengamuk dan pergi jumpa satu bomoh orang asli di pahang. oppsss dia pun asal pahang tau.

sejak dia gi bomoh tu, si suami 'menjadi baik', since blog ni untuk 18SX, kjee beranilah citer lebey lebey sikit. rupa2nya dia bukan buat suami dia bodoh, dia buat anu suami dia bodoh!!! bodoh tahap gaban sampaikan oppsss sensitipnyer...sampaikan dengan A pun anu dia tak 'selera'!!!

camner kjee tahu? jeng jeng jeng, satu malam, kjee tido umah dia. masa tu kjee ibu tunggal so kalau pi tido umah kawan2 dengan nadia tu, selalu gak lah. hehehe kau orang mesti ingat suami dia nak priappp kjee ker? eh kau orang lupa ker kjee kata 'anu suami dia dah tak selera ngan sesapapun  termasuk A'?. begitulah power bomoh orang asli tu.


malam tu, kami pun bersembanglah. A asyik landing jer dalam bilik kami. rupa2nya dia ada nak citer ngan kjee. dia kata suami dia ajak dia gi umrah. tapi dia takut. kjee kata kenapa mesti takut? mesti best. kalau kjee dapat pergi, agaknya kjee isyhh seronok sangatlah sampai tak tahu nak buat apa!!!. dia pun bukak citer pasal dia pergi bomoh orang asli tu.

kjee terkejut!!! kenapa tak gi balik bomoh tu pergi buatlah apa yang patut. dia kata masa tu bomoh tu bagi dia sehelai kain yang telah dijampi. pastu bomoh tu suruh dia pulas kain tu macam kita perah kain batik yang basah. perah punya perah, sebab geram,.. kain tu putus!!!! pastu dia pergi balik jumpa bomoh tu tapi bomoh tu baru jer mati kene hempap pokok petai dalam hutan!! maka itulah dia tak tau apa cara nak buat. tak tau dah nak cari bomoh mana tolong.

so bila suami dia ajak dia pergi umrah, dia tak nak. dia takut dengar cerita macam2!! pastukan bila dia kata tak pergi, korang tahu apa suami dia cakap dengan dia? "sampai hati awak buat saya begitu teruk...sampai hati awak!!! jeng jeng jeng. apakah suami dia dah pergi bomoh berubat sampaikan tahu dia telah dianiaya? atau takkan ayat sampai hati tu bermakna suami dia kecewa A tak nak ikut dia gi umrah jer? waallahualam.

berbalik kpada kjee masa nak gi umrah tu. macam2 cerita kjee dengar. malah ada artis yang senyap2 pergi. baik yang pompuan mahu yang auw auw. hanya selepas mereka kembali dengan selamat barulah mereka berani buat story bagitau reporter yang mereka baru balik. isyhh adalah tiga puluh empat puluh kerat hehe.

ramai suruh kjee buat solat taubat. antaranya Ogy ahmad daud. semua kjee buat kerana kjee percaya allah swt itu maha pengampun. alhamdullilah kami tiga beranak selamat sejahtera di sana. balik kl, hari2 kjee tunggu azan kat tv kalau ada gambar kaabah. rindu sampai mengalirkaan airmata. bab rindu sampai mengalir airmata pun ada cerita.

masa kjee niaga dulu, antara customer regular kjee ialah haji zainaladin zainal (deejay radio ibu kota yang femes dulu) dan isterinya hajah mariam, yang manis. masa itu mereka baru je kembali dari mekah mengerjakan haji buat kali kedua kalau kjee tak silap. mereka datang makan kat gerai kjee. haji zainaldin pun tanya kjee, masa gi umrah dulu apa perasaan? kjee pun ceritalah sampai beberapa bulan apabila ternampak gambar kaabah macam jakunlah kjee. tengok dan tenung jer sebab terlalu rindu dan mengalirkan air mata tanpa sedar.

haji zainaldin kata kalau itu perasaan kjee, insya allah amalan dan taubat kjee diterima allah swt. amin. rupa2nya hajah mariam ada story. teman sebiliknya di mekah masa tu, seorang pompuan dari melaka. selamat mereka mengerjakan haji, sampai di airport malaysia, pompuan tu kata dia taubat...taubat dah..korang tau apa? taubat dah tak nak ke tanah suci lagi. serikkkk!!! kata pompuan dari melaka tu.

hajah mariam terkejut. ada orang bisik pada hajah mariam, pompuan tu sebenarnya seorang bomoh!!! hah...korang fahamlah yer. maleh aku nak explain panjang lebar.

so kita janganlah pandang orang tu sebab dia lembut ke, dia hina ke waimaah dia orang pelacur pun. semua insan suci di mata allah. apa yang kau buat, kau taubatlah sendiri. tak payah kata si polan2 tu sure tak masuk syurga sebab  kau tahu dia dah buat sesuatu . sapa korang nak decide? 

kjee cabar yang mulut celupar camtu pergi tanah suci. ada beran?? atau adakah setiap kali awak nak pergi ada halangan? itu bukan maknanya awak tak der rezeki tapi rezeki awak belum sampai untuk menjadi antara jutaan yang terpilih menjadi tetamunya. waallahualam.

6 comments:

Anonymous said...

banyak dah baca kesah benar cerita pi mekah ni...kena ambil ikhtibar jadikan pedoman tuhan uji kita cash ..tuabat dulu tapi jangan kita tahu buat je ketul tak kjee..norasmah

Asraf Dahari said...

Jee, 8hb March ni aku dan isteri buat umrah sampai 20hb.

Kjee said...

alhamdullilah. bertuah kau dapat jadi tetamu allah. aku pun nak pergi kali kedua tapi belum dijemput lagi. mudah2an panjang mumur dapat pergi. nanti kita jumpa 10 februari ni yer.

Anonymous said...

ye...siapalah kita ni yang nak hukum orang tu n hukum orang ni..kita sgt2 tak layak hanya ALLAH sahaja yang layak menghukum.

yang zaharin said...

Kak jee..insyaAllah 8hb Mac ni saya pun nak gi umrah.....Kak jee doakan saya selamat pergi dan kembali yer.... x puas baca entry kak jee ni.... seronok sgt..banyak yang boleh dijadikan panduan..

Kjee said...

yang zaharin: tahniah kerana dipilih antara jutaaan insan di dunia ini, sebagai tetamuNya!!!kjee doakan awak selamat pergi dan kembali. insya allah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...