Thursday, February 17, 2011

76. mashed potato dengan brown sauce

resipi lagik. hantam sajalah labu. tengah boring ni. resipi ni guna kentang bukannya serbuk kentang. dulu ingatkan susah nak buat. bila dah buat sekali, senang rupanya. korang pun try jer lah yer. sedap kalau makan dengan fresh mushroom soup. resipi fresh mushroom entry lain kot.

seperti biasa, kjee copy paste jer resipi ni dari himpunan resipi dalam facebook kjee. resipi kita tau bukan kita cilok orang lain punya resipi dalam facebook dia orang tau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Entah kenapa hari ni rajin sangat nak buat kentang putar ni. hasilnya taklah sehalus yang beli kat kedai ayam goreng tu sebab dia orang pakai kentang serbuk. apapun, sedap jugaklah. kjee ari tu gi Jaya Jusco...ternampak alat lecek yang berlubang2 tu. dulu kjee pernah beli kat kedai dua hinggit...hmmm orang kata kalau beli barang murah, memang tak tahan lama. unclepali guna masa buat burger. sekejap je dah penyek. jadi, alah membeli menang memakai. tapi kalau tak de alat tu, lecek je dengan belakang gelas atau botol.

BAHAN2NYA:

4 biji kentang
½ cawan susu segar
1 sudu besar butter yg dilembutkan
garam
serbuk lada hitam/lada sulah

CARA:
Rebus kentang dengan jeketnya (kulitnya). tapi gosok dan cuci bersih2 dulu. bila dah lembut, buang kulit dan terus lecek masa tengah panas. kemudian masukkan butter dan putar dalam satu arah. kemudian msukkan susu segar sikit demi sedikit. kalau nak cair sikit, tambah ler susu lagi. bubuh garam dan lada hitam. rasa. ada orang curahkan brown sos. tadi kjee curahkan jer fresh mushroom soup.

Ini resipi brown sauce yg diberikan fren FB, Nurwafiem Nur.
Brown Sauce
bahan2nya
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (ketuk dan chopped)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
1 or 2 cube ayam maggie
lada hitam/sulah
2 cawan air

CARANYA:
1. Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang merah dan putih. Bila naik bau, masukkan tepung jagung. Tumis sampai warna coklat atau sampai warna gravy yang kita mahu. Masukkan air. Kacau sampai rata . Pecahkan cube ayam tadi dan masukkan dalam kuah. Masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa. Kalau kuah terlalu pekat tambah air.

Related Posts:

  • POTATO CHEESE FINGERS         Ketika Kjee singgah kat page SEMBANGRESIPI kelmarin, tetiba ternampak posting Jejari Kentang Keju. Wah lama betul tak buat.         Kemudian scroll lag. Banyak … Read More
  • MINI CORNBEEF MURTABAKS         Kali pertama Kjee menikmati Murtabak CornBeef di Kuching, Sarawak kira-kira 35 tahun lalu. Masa tu Kjee on assignment kat sana. Adik2 angkat Kjee bawa Kjee makan kat satu gerai. Opkos l… Read More
  • SAMOSA INTI KENTANG         Kejadian pagi tadi. Kekok betul membentuknya sebab dah lama tak buat. Benda macam ini kena banyak kali practise. Tetapi pelik jugak masa Kjee buat dulu, elok pulak kejadiannya. Mungkin … Read More
  • GARLIC POTATOES WITH CHEESE DIP      Garlic Potatoes bukan sahaja sesuai untuk bekfes tapi bila-bila masa aje lah. Punya lah sedap, Kjee boleh makan tiga kali sehari. 😁     Kjee pernah buat bersama Lamb Chops. Perg… Read More
  • EGG MAYO SANDWICH         Sandwich telor tadi untuk breakfast. Ala ala malas gitu. Nampak ada 3 biji telor rebus dalam fridge. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang dah lama teringin nak makan Egg Mayo Sandwich. T… Read More

10 comments:

  1. singgah jap nmpak mashed potato kat news feed FB. Senang rupenyeee..

    ReplyDelete
  2. jee mashed potato ok boleh lah aku buat takde lah pandai sangat tapi brown sauce aku tak pernah nak menjadi sedap,aku nak try brown sauce yang kau bagi ni.

    ReplyDelete
  3. pakai kentang lagi sedap kjee dr yg instant tu..saya kalau malas oter je sos lada itam yg dalam botol tu..ngeh3

    ReplyDelete
  4. shidah: brown soss tu member fb yanag bagi. trylah.

    ReplyDelete
  5. Sekali pandang mcm a.krim lak kjee..hehe!!
    Nnti sy nk cuba resepi akk ni.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak gee
    Sekian lama menjadi silent reader...
    Baru ari ni ada kekuatan menyApa....segan la kak gee. Kita orang kampung.
    Papepun kita tau kak gee baik!!!
    Salam kenal ya kak !

    http://suelovelyhand.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. walaikum salam cikgu. orang kampung ke orang bandar ker, kita orang malaysia hehehe

    ReplyDelete
  8. salam k.jee, ada lagi org nak balas entry kjee tetengah memlm buta ni, he,he,he! sape lagi kalu bukan kentang lover ni! ari tu saya dah nampak respi ni kat fb kjee tapi sebok mencuba harsh brown potatoes. mlm ni saya tergoda nengok gambar tu, maka turn padang le tadi dengan 3 biji kentang. senang je rupa2nya yea.... anak saya yg 14 tahun suka suka banggaat!! best, memang best katanya. itupun bahan2 x cukup, butter x dok, saya hentam je pakai planta! tq kjee:)...zumaira

    ReplyDelete
  9. salam kak gee, nak tanye sikit nie. mashed potato nie tahan lame x klu simpan dalam peti sejuk? yela, klu buat banyak leh simpan dalam peti sejuk amek sikit2 klau rase nak makan.

    regard,
    Irma

    ReplyDelete