Sunday, February 27, 2011

102. mihun putih



 mihun putih ni kjee buat sejak lama dah. sejak nadia masih kecik sebab dia tak suka makan pedas. tup tup masa kjee niaga bila kjee jual, orang kata mihun singapura. entah bila lak mihun kjee ni jadi mihun sana, tak dapatlah kjee nak explain.

banyak kali dah kjee kata ini mihun putih sebab kaler dia putih. tapi kan, dek malas nak bertekak dengan customer, lantaklah kan. apapun, kjee harap jangan nanti ada yang kata bahan2 yang kjee guna tak sama dengan mihun orang seberang tambak johor tu.

dulu mihun putih ini selalu kjee buat untuk jamu budak2. yalah kalau kjee buat mihum pedas, kesian pulak dia orang kan. apapun, macam biasa resipi mihun putih ni kjee copy paste dari facebook kjee. layannnn.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


bahan2nya:
tulang ayam direbus kosong utk amik supnya. (dalam satu mangkuk jer)
udang
ayam
fish ball
sawi
mihun yg telah direndam
ajishio  black pepper
sos ikan/nampla
sedikit minyak bijan
bawang putih
daun sop/daun bawang/bawang goreng utk hiasan
minyak bijan

CARA MEMBUATNYA:
Ketuk bawang putih. Kalau setengah peket mihun dalam 5 biji. tumis dalam kuali bersama sedikit minyak. pastu bubuhlah ayam. Bila ayam dah nampak masak, masukkan udang dan fishball. Jangan terlalu masak (overcook) udang nanti keras, pastu masukkanlah air sup (agak jer). air sup rebusan ni untuk lembutkan mihun jer. masukkan sawi dan mihun, aji shio dan sedikit sos nampla/ikan. ajishio agak masin so jgn berani2 sangat bubuh sos ikan. gorenglah sampai rata. mihun dh cukup masak, hidangkan dengan dihias daun sop atau daun bawang dan bawang goreng. titiskan sedikit minyak bijan.
sedap makan ngan cili api potong bubuh sos ikan ataupun cili jeruk. elok dijadikan hidangan ketika buat sambutan hari jadi anak2 atau buat majlis yg membabitkan anak2 kecik yg tak makan pedas. gerenti laku!
(nota: ajishio black pepper adalah keluaran syarikat ajinomoto. rasanya agak masin mungkin mereka dah siap2 campur garam. sedap gak makan dengan telor setengah masak)


Related Posts:

  • UDANG GORENG CELUP TEPUNG           Ini satu lagi hidangan yang seringkali dipesan kalau makan di restoran yang menghidangkan makanan Cina ataupun Thai. Tetapi sejak akhir-akhir ini, harganya sudah menjadi tidak ma… Read More
  • POPIA VIETNAM / VIETNAM SPRING ROLLS           Kjee first time buat Popia Vietnam ini lima tahun lalu. Kemudian terlupa sehingga ternampak chef entah mana kat Asia Food Network buat beberapa hari lepas. Terfikir juga nak makan … Read More
  • NASI GORENG CINA MUDAH           Apabila tiba musim malas, tinggal sorang dan perut harus diisi, inilah yang selalu Kjee masak. Main campak sahaja apa yang ada dalam peti ais. Hari itu ternampak frozen peas, frozen j… Read More
  • SUP CAMPUR SUKATI (SUKA HATI)           Hehehe Kelakar kan? Tahulah ini sup tapi tak tahu nak bubuh nama apa. Ada fucuk, ada kentang, ada lobak putih dan juga cendawan telinga tikus atau wood ear fungus. Bahan-bahan ini sem… Read More
  • SOTONG KEMBANG KANGKUNG SOS MASAM MANIS           Ini adalah makanan yang disukai semua kaum di Malaysia. Selalu orang jual di malam hari. Tetapi masa Kjee niaga di Anjung Melawati dulu, start niaga kul 7am, Sotong Kangkung korang d… Read More

7 comments:

  1. mee hoon puteh sangat suka dan senang nak buat, pastu makan dengan cili padi jeruk nyum nyum!

    ReplyDelete
  2. boleh tak kak jee lain kali buat entry, kicap cair/pekat, ape2 aje jnis sos yg kak jee pakai kt rmah. klau boleh ambik la gmbar ye....utk org2 yg x tau masak mcm sya ni, mgkin pening sikit nk kenal jenis brg, apatah lagi kicap2 ni pning sikit, takut trbeli yg tdk halal.....

    ReplyDelete
  3. oh ya ker? insya allah. kalau kicap pekat biasanya akjee guna kicap cap kipas udang. kalau kicap cair, kjee guna kicap sotong atau kicap ikan. kalau tidak boleh beli kicap cair maggie.

    ReplyDelete
  4. kak jee orang jawa?baru saya tau..rupanya kita sekapal....walaupun saya jururawat,minat saya memasak...di unit saya kalau ada farewell air tangan sister khid jadi kegemaran staf.KHIDERAH SAMINGAN AU3 KERAMAT.

    ReplyDelete
  5. mihun putih...poplar kat Johoe. Kak jee org johoe ke? Sedap2..kalau tmbh sikit lada hitam...lg mabeles. Pastu makan dgn lada jeruk...perghhh!

    ReplyDelete
  6. sedap sekali resepi Kak Jee...terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum k jee, Sup tulang hayam rebus boleh ganti dengan chicken stok kan?

    ReplyDelete