Tuesday, October 11, 2011

JJCM ~ MI KARI PAPA RICH TERBAEKKKK!

Mi Kari Papa Rich..pengggsaannn!!

Rangkaian restoran ni ada di setiap pelusuk Kolumpo. Tapi Kjee tak pernah jejak kaki ke dalam mana2 rangkaian restoran ini hingga semalam. Apabila Kjee jemput Nadia balik dari Uni, Kjee tanya nak makan apa. Dia kata tak kisah.

Kjee bagitau Unclepali, kalau nak makan kena cari restoran yang diyakini bersih. Tak nak gerai2 tepi jalan (buat masa ini) sebab Nadia masih belum pulih sepenuhnya. Unclepali tanya samada minat nak makan kat Papa Rich. Okay jugak, kata Kjee. So Unclepali terus drive ke Papa Rich Jalan Doraisamy yang dekat dengan kampus Nadia.
Mi Goreng Mamak

Khabarnya, pelakon Zed Zaidi ada share dalam restoran ini. Wallahualam.

Kjee suka ambience dalam kedai ini. Sejuk dan nyaman. Dan apabila diberikan menu, Kjee dah dah dapat agak sedap ke tidak. Foto2 dalam menu, cukup meyakinkan.

Kjee pilih mi kari. Kjee memang cerewet makan mi kari. Tekak ini hanya boleh terima mi kari nyonya. Unclepali order mi goreng mamak, sementara Nadia yang macam blur hanya order makanan selamat iaitu roti oatmeal dengan kaya sert ais kosong. Kjee order barli limau ais dan Unclepali mintak White Coffee.

Seperti Kjee menjangkakan, apabila sampai mi kari yang Kjee order, ia menepati segala kriteria yang Kjee harapkan. Mewah dengan potongan ayam, fish cake, taupok dan kerang! Cuma kurang sesuai untuk mereka yang terlebih kolestrol. Ia agak berlemak sedikit. Kuahnya terlalu pekat. Tetapi itulah masakan mi kari nyonya yang tulen atau ori.

Mi kari nyonya versi Kjee (resipi di sini), sudah Kjee ubahsuai hingga sesuai dengan tekak orang yang tidak gemar makan kuah kari yang terlalu banyak santan.

Roti Oatmeal Kaya - sepotong Nadia tengah makan

Kjee bagi markah 9/10 untuk mi kari Papa Rich ini. Oppsss banyak tu!! Ia antara mi kari nyonya terbaik yang pernah Kjee makan!!

Unclepali complain mi goreng mamak dia terlalu manis. Bubuh gula kot, kata Unclepali. Tapi Kjee rasa mungkin dia orang guna terlebih sos tomato atau sos cili! Ala Unclepali dulu goreng kat kedai kami pun seringkali Kjee bagitau jangan bubuh banyak sangat sos cili, nanti manis. Hehehe.

Nadia diam sahaja sambil makan roti oatmeal dia pelan2. Tanya sedap ker? Dia hanya angguk. Rupa2nya Nadia sakit dalam diam. (Tak sampai dua jam selepas itu, Nadia ditahan di Hospital Damai).

Air di Papa Rich jugak sedap. Kjee suka apabila air yang dibuat tidak terlalu manis.

Masa nak balik, Unclepali kata masih banyak lagi makanan dalam menu yang kita belum try. Maknanya dia nak ajak ke situ lagilah lain kali. I follow!!

Lupa tadi berapa harga yang Unclepali bayar. tak sampai RM40 kot.

Barli limau. Just right! I Like!!!

Related Posts:

  • JJCM BERSAMA TUPAI TUPAI Petang tadi adik Kjee, Faridah yang tinggal di Melaka datang melawat kakaknya. Siapa lagi kakak dia kalau bukan Kjee. Inilah sorang jer adik Kjee selepas yang bongsu, pulang ke Rahmatullah,  Jun lalu. Semalam, dia cal… Read More
  • JJCM ~ NASI KANDAR CRAVEN PENANG, BUKIT ANTARABANGSA innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f00… Read More
  • JJCM - FLAMING STEAMBOAT BUFFET Apa dah tak peka lampu pada signboard dah padam! Hari tu masa adik Kjee datang KL, Kjee ajak dia pergi makan steamboat kat Tupai Tupai. Hari ni, Kjee try pulak Flaming steamboat Buffet di Platinum Walk, Danau Kota, set… Read More
  • BBQ RIBS MUSTAFA JONES...OUT OF THIS WORLD! Molly dan Chef MJ  Hari ni makan kat luar lagi. Dah banyak hari tak masak. Sejak Nadia sakit hari tu, Kjee pun rasa cam lemah semangat nak masak. Tapi semalam, sempat gak buat bubur Puteri Menyorok. Malamnya pulak, kam… Read More
  • JJCM: SRI SURIA CAFE, AMCORP MALL. KURANG SEDAP ATAU TEKAK KJEE KURANG SIHAT? Wantan Noodles in soup Mihun Singapura Petang tadi Kjee dan Unclepali ke Amcorp Mall. Biasalah, kalau ke sana mesti sebab jenguk office 4Life. Kul 6 petang Kjee lapar. Kul 8 ada training so cepat2 Kjee ajak Unclepali gi… Read More

12 comments:

  1. jauhnya rasa nak terjah PapaRich tu, nanti gi KL, nak jugaklah cari kat mana, Jalan Doraisamy ya.. kesian Nadia, masih belum okey ke, hrp Nadia cepat smbuh ya.. Kak Jee. Kalau Nadia dah baik nanti, amalkan minum vitagen setiap pagi sblum srpn, yakult pun okey, insyaAllah.. lama2 nanti perutnya akan kurang alahan thadap makanan.. okey..

    ReplyDelete
  2. nak try la mee kari kat papa rich..nmpak sdap! ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam Kjee..

    Kami sekeluarga mmg suke mkn dkat sini...sll order roti susu..ermmm...slurrrppp..menyelerakan..xkira dtg pg ke ptg ke mlm ke msti roti susu wajib ada..

    kalau mkm kuetiaw grg pulak bersepah2 kerang dia..tapi ktorg xminat sgt dgn sambal dia..xkena dgn tekak..hehehee...

    ice blended choc mmg mabeles..kdg2 order milo giant..

    cnfirm ptg ni ajk incik hubby singgah papa rich..hhuhhuhu...

    ReplyDelete
  4. terima kasih Sari Yusa. Vitagen atau Yakult memang elok untuk perut. Nadia suka Vitagen. Tunggu dia keluar hosp nanti baru belikan. buat masa ini dia tak boleh minum apa2 minuman atau makanan berasaskan susu.
    Pasal Papa Rich, tak semestinya kat Doraisamy, mana2 punya cawangan pun okay sebab resipinya sama.

    ReplyDelete
  5. selalu makan Tong Yuen kat paparich kat sunway piramid..sedap2 semua masakan dia..emmm.

    ReplyDelete
  6. ada kawan cakap sedap jugak price pow macam kat SR jugak ekk kaka?

    ReplyDelete
  7. Harga makanan sikit lebih kurang samalah dengan kebanyakkan kopitiam. Rasa2nya SR lagi mahal.
    Rahel: Kjee nak try jugak lain kali. hehehe

    ReplyDelete
  8. Tak sempat nak melawat Nadia sebab aku ke Trengganu, SB ada meeting, ni pun baru balik. Jaga makan baik2 Dan minim air kosong banyak2 cakap Nadia.

    ReplyDelete
  9. kat area wangsa maju / sri rampai pun ada gak restoran ni, tak pernah masuk lagi...tingin lak nak cuba bila kak jee kata sedap

    ReplyDelete
  10. Terima kasih follow. I minat KJee semenjak tengok kJee berlakon. Sekarang pun minat jugak kerana banyak entri yang berguna terutama idea nak makan.

    ReplyDelete
  11. sabtu aritu saya dgn mak makan kat sana. makan mee kari ngan char kuey teow. mmg sedap sgt. kuey teow dia mcm penang style cuma kurang sikit 'wok hei'. air red bean cendol dia mmg best sgt...pekat kaw2

    ReplyDelete
  12. en husband suka sangat pergi paparich..tiap kali pergi mesti order mee kari paparich..memg sedap..pergi restaurant lain xsedap mcm paparich..puas hati kt paparich..harga pon xde lah mahal sgt..ni nak tgk resipi kje..nak buat sendiri..

    ReplyDelete